Menangguh Kerja

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Aliah bersekolah sesi petang. Jam sudah menunjukkan pukul 11 .30 pagi, tetapi dia masih menonton televisyen. Sudah berkali-kali ibunya menyuruh dia bersiap kerana dalam masa setengah jam lagi bas sekolah akan tiba.

''Kamu ini, sekiranya emak suruh buat sesuatu selalu bertangguh. ''


''Sekejap lagi saya pergi mandi. Lambat lagi bas sampai. ''

''Emak sudah ingatkan dan jangan salahkan emak sekiranya Aliah tertinggal bas lagi. Dalam tempoh dua minggu ini sudah empat kali kamu tidak ke sekolah disebabkan tertinggal bas. Ingat apa yang yang Nabi Muhammad pesan. Rebutlah lima perkara sebelum tiba lima perkara, iaitu muda sebelum tua, lapang sebelum sesak, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, dan hidup sebelum mati."

Aliah terus leka menonton televisyen. Tiba-tiba dia teringat ada kerja rumah yang belum diselesaikan.

"Alamak tentu tidak sempat buat! Nak mandi dan bersiap lagi, nak makan lagi... Isy... Mengapalah tidak ingat awal-awal tadi?" rungut Aliah sendirian. Kelam kabut dia bersiap, mandi kerbau saja.

"Masya-Allah Aliah, apa yang kamu buat ni? Mak sudah cakap dari tadi suruh siap. Masa dah suntuk baru tergopoh-gapah.."

"Mak.. Mak.. Janganlah marah saya. Saya minta maaf sebab suka tangguh kerja, tetapi emak
tolonglah siapkan kerja rumah sains saya."

"Mak tidak mahu tolong. Biar ini jadi pengajaran buat Aliah supaya tidak bertangguh kerja lagi."

"Habislah, tentu saya kena denda dengan cikgu Sains hari ini!

"Itulah akibatnya orang yang tidak mahu dengar cakap maknya. Cepat pergi makan. Biar emak tengokkan bas. Jangan lupa ambil botol air dan duit belanja atas maja makan itu."

"Baiklah mak. Saya janji takkan tangguh kerja lagi. Saya akan ikut pesanan emak."

Moral : Jangan suka menangguhkan kerja.


Gambar Kenangan kawan-kawan dan guru-guruku

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Hari ini Aisyah nak tunjuk gambar kawan-kawan dan guru-guru Aisyah.

Cikgu ni guru kelas Aisyah, Cikgu Azlina binti Alias. Tahun depan dia akan berpindah ke sekolah lain. Sedihnya.. Cikgu Azlina baik sangat.

Aisyah dan cikgu kesayangannya. Muahh..♥ Sayang cikgu..!!

Gambar ni pula Aisyah dengan kawan-kawan Aisyah. Baju putih tu, Sidratul Anis binti Sulaiman. Baju merah, Adrianna Balqisha. Dan baju hitam, mestilah Aisyah. Hehe.. =D

Cikgu tengah ni Ustazah Asnah binti Mohamad. Yang baju kuning tu Siti Hajar Asma'. Ustazah Asnah mengajar Hafazan dan Bahasa Arab di kelas Aisyah awal bulan 2009. Masa akhir tahun, ganti dengan cikgu lain. Jadi, Ustazah Asnah dah tak mengajar Aisyah lah akhir tahun tu.

Yang ni pulak cikgu [KDC] Aisyah. Cikgu Khairiyah. Cikgu ni pun baik macam Cikgu Azlina dan Ustazah Asnah juga.

Along Angah Ku Sayang....

Masa tu Angah chatting kat komputer dengan Ummi. Angah kata ada pertandingan khutbah. Ummi pun kata kat Angah, "Bagus la kalau macam tu......" Ummi berkata lagi, "Angah buat betul-betul dengan Along. InsyaAllah Along dan Angah akan menang".

Akhirnya Along chatting pulak dengan Ummi. Along kata Along dan Angah menang! Terkejut Ummi mendengar kata-kata Along itu. Akhirnya Tuhan makbulkan jugak doa Ummi dan adik-adik Along ni...Alhamdulillah. Along mendapat tempat pertama dan Angah mendapat tempat kedua... Alhamdulillah.

Selepas itu Ummipun ceritalah kat adik-adik Along dan Abi. Betapa gembiranya adik-adik Along sampai menjerit-jerit! Ada jugak adik Along yang naik atas meja menunjukkan betapa gembiranya adik-adik Along yang duduk kat rumah ni.......Along rasa adik-adik along akan berjaya tak? InsyaAllah kalau Along boleh adik-adik Along pun boleh jugak......

Aisyah rasa nak jadi macam Along Angah jugak la. InsyaAllah Aisyah akan jadi macam Along Angah jugak. Tahniah Along! Tahniah Angah! Aisyah gembira dan bangga sangat dengan Along dan Angah. Mmmm....nak cerita apa lagi ya? Aisyah rasa hari ini Aisyah cerita sampai sini je la.... Lain kali Aisyah cerita lagi ya. Bye semua.....

Rumah Baru Aisyah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Semalam Aisyah dan family Aisyah pergi tengok rumah baru yang tak siap lagi. Banyak juga perubahan dalam rumah itu. Aisyah berkongsi bilik dengan kakak Amirah. Along berkongsi dengan Angah. Atiqah pula berkongsi dengan bibik. Ada lima bilik tidur semuanya. 3 bilik tidur anak-anak Ummi Abi, 1 master bedroom dan 1 lagi bilik bacaan.

Bilik Aisyah berwarna merah jambu. Bilik Along berwarna hijau dan bilik Atiqah berwarna kuning. Bilik yang paling besar pula (bilik boss) berwarna jingga. Bilik bacaan mesti warna yang lembut sikit macam warna hijau. Warna hijau kan cantik. Sedap mata memandang.

Dekat tingkat bawah ada ruang tamu, ruang keluarga, dapur, ruang makan, stor, bilik bacaan dan bilik parents Aisyah. Siling ruang tamu dan ruang keluarga cantik sangat. Warnanya putih dan gold. Aisyah rasa tak sabar-sabar nak tunggu rumah itu siap. Ummi kata, kalau rumah baru dah siap, Ummi dan Abi akan belikan katil double, meja solek dan almari untuk Aisyah dan kakak Amirah. Aisyah tak pernah ada meja solek. Sebab itulah Aisyah rasa gembira dan tak sabar-sabar.