Sahabat Karib Allah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Pada zaman dahulu, kira-kira 4,000 tahun yang lalu, di suatu tempat yang jauh bernama iraq,
lahirlah seorang budak lelaki bernama Ibrahim Alaihissalam dalam sebuah kampung bernama Ur.
Dia seorang yang bersopan santun, baik hati dan sangat beriman sehinggakan Allah memberikannya kebijaksanaan semasa dia masih kecil lagi. Bukan itu sahaja, Allah juga menjadikan Nabi Ibrahim Alaihissalam sahabat karib Allah dan juga seorang rasul. Sewaktu dia masih kecil, budak lelaki itu sudah mula berdakwah ke jalan yang benar. Tetapi penduduk kampungnya tidak suka dengan cara dia mengajar. Mereka berasa sangat marah, dan cuba membunuh Nabi Ibrahim Alaihissalam dengan membakarnya hidup-hidup.

Tetapi Allah sentiasa bersamanya. Allah telah mengarahkan api, "Wahai api jadilah sejuk dan berilah keamanan kepada Ibrahim." Satu keajaiban berlaku, api yang sepatutnya membakar
Nabi Ibrahim Alaihissalam menjadi satu tempat perlindungan yang sejuk untuknya.Pengajaran yang kita peroleh daripada cerita ini adalah beriman kepada Allah merupakan satu cara yang
dapat menyelamatkan seseorang di dunia ini dan di dunia seterusnya.