Kisah Raja Bersiong

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Pada zaman dahulu, negeri kedah diperintah oleh seorang raja yang adil. Seluruh rakyat taat dan setia akan baginda dan permaisurinya. Baginda berdua tinggal di sebuah istana yang indah.

Di dalam istana, terdapat ramai pembesar dan panglima. Mereka menjalankan tugas masing-masing. Di istana itu juga terdapat hulubalang, dayang-dayang dan tukang masak.

Pada suatu hari, baginda telah pergi ke tempat memasak. Baginda meminta tukang masak menyediakan makanan yang lazat-lazat untuk baginda.

Setelah baginda pergi dari situ, ketua tukang masak itu pun menyediakan pelbagai jenis makanan yang lazat. Tentu baginda akan berselera menjamah makanan pada hari itu.

Tanpa diduga, semasa memotong sayur, tiba-tiba jari ketua tukang masak itu terkena pisau. Jari ketua tukang masak itu pun luka dan berdarah. Namun, dia merahsiakan perkara itu.

Lauk yang dimasak itu bercampur dengan darah. Ketua tukang masak sedar akan hal itu. Baginda raja tidak mengetahui apa yang berlaku.

Setelah makanan siap, baginda raja pun menjamah makanan tersebut. Baginda merasakan bahawa masakan pada hari itu lebih sedap dan lazat. Baginda memuji ketua tukang masak itu.

Esoknya, ketua tukang masak terpaksa memasak untuk baginda lagi. Namun, masakannya tidak seenak semalam. Bagina raja menjadi murka.

''Kenapa hari ini masakan kamu tak sedap?" tanya baginda kepada ketua tukang masak.

Ketua tukang masak benar-benar berasa cemas. "Kalau masakan kamu tak sedap lagi, beta akan hukum kamu!" titah baginda dengan murka.

Ketua tukang masak itu menggigil ketakutan. Ketua tukang masak berdikir, mengapa masakannya pada hari itu tidak sedap.

"Mungkin kerana tidak bercampur dengan darah," katanya dalam hati. Ketua tukang masak tidak mahu baginda murka lagi. Kali ini, masakannya dicampur dengan darah jarinya yang luka.

"Tentu baginda akan lebih berselera kali ini," kata ketua tukang masak dalam hatinya.

Baginda amat gembira dan memuji keenakan makanan pada hari itu. Rupa-rupanya, baginda telah ketagih makanan bercampur darah. Namun, tiada sesiapa yang tahu akan hal sebenarnya.

Oleh sebab baginda ketagihkan darah, akhirnya gigi baginda ditumbuhi siong. Lama-kelamaan siong itu semakin panjang dan tajam. Baginda mula berasa malu.

Pada suatu malam, baginda ketagihkan darah. Baginda terus menangkap seorang lelaki lalu menghisap darah pada tengkuk lelaki itu.

Perbuatan baginda itu dilihat oleh beberapa orang yang berada di tempat itu. Mereka benar-benar terkejut. "Raja hisap darah! Raja hisap darah!" jerit mereka yang ternampak baginda sedang menghisap darah lelaki itu.

Jeritan itu membuatkan semakin ramai rakyst baginda mengetahui akan perbuatan raja mereka yang ketagih darah. Baginda berasa amat malu akan perkara itu. Akhirnya, baginda pun melarikan diri ke dalam hutan.

Semenjak hari itu, rakyat negeri Kedah berasa sedih kerana raja mereka mempunyai siong yang panjang.

7 comments:

  1. cerita donggeng karut + iklan ramalan nombor ekok memang bahlol bin tolol bin stupid bin botol..blog goblok tahap maslan

    ReplyDelete
  2. tutup blog bodoh ni cepat perosak fikiran org melayu

    ReplyDelete
  3. perpetuate atau melanjutkan cerita donggeng adalah regressive...we want progressive Malays. Mu perosak minda Melayu.

    ReplyDelete
  4. Salam. Adik, janganlah menulis cerita tanpa bukti. Siapa pakai nama sultan Kedah. Sila pergi ke blog saudara Rozali untuk tahu siapa sebenarnya Raja Bersiong. Takkanlah Sultan Kedah nak makan darah pula. Kalau keturunan kita dihina tentu kita marah. Raja bersiong pun mesti ada keturunannya. Bagaimanakah perasaan mereka?

    ReplyDelete
  5. Pembetulan "Siap pakai nama Sultan Kedah" bukan "Siapa pakai..."

    ReplyDelete
  6. Sejarah negeri Kedah yang sebenar telah dipadamkan. Sila rujuk blog empayar Islam Benua Siam Kedah. Raja Bersiong adalah dari keturunan Raja Merong Mahawangsa. Sila rujuk blog saudara Rozali.

    ReplyDelete
  7. saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
    setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
    sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka FB ada seseorng berkomentar
    tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di malaysia ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
    saya minta angka sama AKI NAWE
    angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
    terima kasih banyak AKI
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
    tak ada salahnya anda coba
    karna prediksi AKI tidak perna meleset
    saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan










    saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
    setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
    sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka FB ada seseorng berkomentar
    tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di malaysia ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
    saya minta angka sama AKI NAWE
    angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
    terima kasih banyak AKI
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
    tak ada salahnya anda coba
    karna prediksi AKI tidak perna meleset
    saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan

    ReplyDelete