Gagak Dengan Angsa Putih

Di dalam sebuah hutan, tinggal seekor burung gagak. Setiap hari, burung gagak ini membelek-belek bulunya yang berwarna hitam. Ia tidak puas hati kerana bulunya tidak secantik bulu burung-burung lain. Setiap hari burung gagak berfikir untuk mengubah warna bulunya itu.

Pada suatu hari, burung gagak pergi minum air di sebuah kolam. Ketika sedang minum air, ia ternampak sekawan angsa putih sedang berenang-renang di dalam kolam itu. Angsa-angsa putih itu sangat cantik. Mereka mempunyai bulu yang berwarna putih dan besih.

''Patutlah bulu mereka putih dan bersih, mereka selalu berenang di dalam kolam. Jika aku ingin bulu seperti mereka, aku juga mesti berendam di dalam kolam ini,'' fikir gagak. Setelah angsa-angsa putih itu beredar dari kolam, gagak pun masuk ke dalam kolam perlahan-lahan. Ia berendam di dalam kolam itu dengan perasaan gembira.

'' Tidak lama lagi, bulu aku juga akan menjadi secantik bulu angsa itu,'' kata gagak dengan gembira.

Setelah beberapa jam berendam di dalam kolam itu, gagak mula berasa sejuk. Ia terus naik ke darat tetapi ia berasa hampa kerana bulunya masih kelihatan hitam.

"Tak mengapa,esok aku akan datang berendam," fikir gagak. Semenjak hari itu, gagak berendam di dalam kolam setiap hari. Namun warna bulunya masih tidak berubah. Gagak tidak mahu berputus asa. Ia berfikir lama-kelamaan bulunya akan menjadi putih dan cantik.

Pada suatu hari, gagak berendam di dalam kolam seperti biasa. Tiba-tiba seekor angsa putih menghampirinya.

''Mengapakah kamu berendam di dalam kolam ini?'' tanya angsa putih.

''Saya ingin memiliki bulu yang cantik dan putih seperti kamu,'' jawab gagak.

''Walaupun bertahun-tahun kamu berendam, bulu kamu tidak akan menjadi putih. Kamu mungkin memiliki keistimewaan kerana mempunyai bulu yang hitam itu. Kita semua dijadikan berbeza-beza. Usahlah kamu membuat kerja yang sia-sia,'' nasihat angsa putih kepada gagak.

Moral : Jangan membuang masa dengan melakukan pekerjaan yang sia-sia.

*************************************************************************************


Nak Tengok Gambar Korban?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Cute tak anak dara ni.....

Iiiiii... takutnya tengok lembu tu.......

Tengok tu akhirnya berjaya jugak jatuhkan lembu tu....

Iiiiiiii... Aisyah tak takut ke tengok darah lembu tu.

Nampak tak darah lembu gelinya.....

Tengok Atiqah tu main apa agaknya.

*************************************************************************************

Monyet Dan Ikan Lumba-Lumba

Pada zaman dahulu, terdapat seorang pelayar yang baik hati. Dia suka mengembara ke serata tempat. Dia juga sering membawa seekor monyet kesayangannya. Pada suatu hari pelayar itu pergi belayar bersama keluarganya. Dia juga membawa monyet kesayangannya.

Semasa dalam pelayaran, tiba-tiba angin bertiup kencang dan laut bergelora. Ribut yang kuat menyebabkan kapal itu karam. Semua di dalam kapal itu meninggal dunia akibat lemas. Hanya seekor monyet terselamat. Ia berpaut pada sebatang kayu.

Ketika monyet terumbang-ambing dipukul ombak yang besar, tiba-tiba seekor ikan lumba-lumba menghampirinya. ''Wahai monyet, saya kasihan melihat kamu. Naiklah ke atas belakang saya, saya akan bawa kamu ke tempat yang selamat", kata ikan lumba-lumba.

"T
erima kasih kerana selamatkan saya,'' kata monyet. Monyet terus naik ke atas belakang ikan lumba-lumba. Ikan lumba-lumba membawa monyet menuju ke darat. Sebelum sampai ke darat, mereka melalui sebuah pulau. Ketika melalui pulau tersebut, monyet mempermainkan ikan lumba-lumba.

''Kamu tahukah, di pulau inilah seorang rakan saya menjadi raja. Ia memerintah rakyat di pulau ini dengan adil. Rakyat hidup dengan aman dan gembira. di pulau ini juga terdapat makanan yang banyak,'' kata monyet. Ikan lumba-lumba hanya terdiam mendengar kata-kata monyet. Ia tahu monyet cuba mempermainkan dirinya. Ikan lumba-lumba tahu pulau itu tidak terdapat manusia ataupun haiwan. Ikan lumba-lumba ingin mengenakan monyet pula. Ia membawa monyet ke pulau itu.

''Saya rasa, eloklah kamu tinggal di sini.Kamu tentu boleh hidup senang -lenang di pulau ini,'' kata ikan lumba-lumba. Ikan lumba-lumba meninggalkan monyet di situ dan terus pergi dari situ.

Tinggallah monyet keseorangan di pulau itu. Monyet menangis kerana menyesali kesilapannya. Ia sepatutnya tidak bercakap yang bukan-bukan kepada ikan lumba-lumba yang telah menolongnya.

Moral: Jangan menipu orang yang telah menolong kita.

*************************************************************************************

Peribadi yang baik


Sila minta kebenaran dahulu sebelum lalu
di hadapan orang yang lebih tua dari kita.

Apabila bercakap dengan orang lain,
bercakaplah dengan baik dan
jangan suka mencarut.

Sila minta kebenaran dahulu
sebelum mengambil barang
kepunyaan orang lain.

Sila tutup mulut anda ketika

bersin dan menguap di khalayak
ramai.

Sila ucapkan terima kasih apabila
anda menerima pemberian dari
orang lain.

Pastikan pakaian yang anda pakai
bersesuaian dengan majlis yang
bakal anda hadiri.

Sila tolong orang buta yang
hendak melintas jalan raya.

Sila hulurkan pertolongan
kepada orang yang memerlukannya.

Sila beri salam atau ketuk pintu

terlebih dahulu, sebelum masuk
ke rumah orang.

Sila beri tumpuan dan perhatian
sepenuhnya pada orang
yang sedang bercakap dengan
anda.

Jangan suka menyampuk atau menganggu
ketika ibu anda sedang bercakap
dengan orang lain.

Sila dengar nasihat dari ibu bapa anda
dan jangan suka melawan cakapnya.

Si Arnab Yang Baik

Walaupun terdapat banyak binatang yang tinggal dalam hutan, hutan bukanlah satu tempat yang aman dan damai. Singa raja kepada segala binatang tinggal dalam hutan tersebut. Pada setiap hari, Singa akan memakan binatang lain sebagai makanannya. Semua binatang binatang hidup dalam ketakutan kerana takut dimakan oleh Singa.

Semua binatang dalam hutan itu berkumpul untuk berbincang cara-cara untuk mengelakkan daripada dimakan oleh Singa. Tetapi, mereka tidak dapat memikirkan cara tersebut.

Pada keesokan hari, Arnab dengan kawan -kawannya, Rusa, kambing dan khinzir membuat keputusan untuk merayu kepada Singa untuk melepaskan mereka . ''Raja segala binatang , tolonglah kasihan pada kami dan janganlah memakan kami. Kami tidak mahu mati.''

Singa menjawab dengan garangnya , ''Hah! Kelakarnya! Kalau saya tak makan, saya akan mati
kelaparan! Adalah lebih baik jika kamu semua bergilir-gilir untuk mengorbankan diri, kalau
tidak jangan salahkan saya.''

Satu demi satu daripada mereka telah dimakan oleh Singa dan seterusnya adalah giliran Arnab.

Arnab menjadi sangat sedih memikirkan nasibnya Setiap hari Arnab tidak dapat makan ataupun tidur dengan lena. Arnab mula menjadi kurus dan dia masih tidak dapat memikirkan cara untuk menyelamatkan dirinya.

Pada suatu hari, ketika sedang duduk di tepi perigi, Arnab berfikir, ''Singa adalah begitu kuat dan besar saiznya manakala saya pula adalah begitu kurus dan lemah. Bagaimana harus aku selamatkan diri?''

Semasa Arnab sedang memandang ke sana sini, Arnab terpandang bayang-bayangnya di dalam
air perigi itu. Tiba-tiba, Arnab telah dapat memikirkan satu idea yang bagus.

Arnab meluru ke tempat tinggal Singa. Pada masa yang sama, Singa yang kelaparan itu sedang mencari makanan dan dia ternampak Arnab menuju ke arahnya, lalu berkata, "Kecilnya kamu! Walaupun tidak dapat mengenyangkan perut saya, tetapi bolehlah dianggap sebagai pembuka hidangan." Maka Singa pun menuju ke arah Arnab dengan mulut yang terbuka.

''Janganlah terburu-buru", kata Arnab dan terusnya lagi, ''Sebenarnya terdapat 6 arnab yang datang pada hari ini . Tetapi, semasa dalam perjalanan tadi, muncul seekor lagi Singa yang telah memakan 5 ekor daripada kami sekaligus. Singa itu menyuruh saya memberitahu kau bahawa dia akan datang membunuh kau.''

Selepas mendengar, Singa dengan marahnya berkata, ''Siapa yang berani memasuki kawasan saya? Beraninya dia!" Singa menyuruh Arnab membawanya ke tempat singa itu.

Arnab membawa Singa ke tempat itu dan berpura-pura menjadi sangat takut. ''Saya tidak berani mendekati perigi kerana dia mesti bersembunyi di dalam. Tuanku, pergi lihatlah sendiri .''
Selepas meluahkan kata-kata itu Arnab bersembunyi di belakang Singa.

Singa melihat di dalam perigi dengan garang dan melihat seekor lagi singa yang garang berada di dalamnya. Bila Singa mengaum, Singa dalam perigi itu juga mengaum.

Singa menjadi sangat marah dan terus melompat ke dalam perigi itu.

Arnab menjadi sangat gembira dan menari di tepi perigi tersebut. Arnab menyebarkan berita itu dengan cepat. ''Singa telah mati! Kita tidak perlu bersembunyi lagi!'' Kata Arnab .

Selepas itu, semua binatang pun hidup dengan aman dan damai dalam hutan itu.

Moral: Tolong menolong amalan mulia. Kita manusia, gunakanlah kecerdikan akal anugerah Allah pada kita untuk sesuatu yang bermanfaat.

*************************************************************************************

Salam Perkenalan Dari Aisyah....

Assalamualaikum.

Hai, takkan kakak Amirah aja yang ada blog, Aisyahpun nak berblog juga. He,he. Hari ni Ummi spend masa untuk tolong Aisyah pulak bukak blog. Terimakasih Ummi. Aisyah saaaaaaaaaaayang Ummi. Mmuahhh!

Untuk kawan-kawan kenalan baru Aisyah, selamat datang ke blog Aisyah Farihah! Ni nama penuh Aisyahlah. Aisyah Farihah binti Roslan. Umur Aisyah 8 tahun. Aisyah dilahirkan pada 26 Februari 2002.

Hmmm...apa lagi Aisyah nak cerita ya? Aha! Aisyah anak ke-4 dari 5 orang adik-beradik. Aisyah bersekolah di Sekolah Rendah Islam Pintar Tahfiz atau nama ringkasnya SRIP Tahfiz yang terletak di Kuala Terengganu. Best sekolah Aisyah ni tau!

Oklah kawan-kawan. Nanti Aisyah berceloteh lagi, ya. Kawan-kawan tulislah something kat c-box Aisyah tu, ya. Aisyah saaaaaaaaaaayang semua!