Si Arnab Yang Baik

Walaupun terdapat banyak binatang yang tinggal dalam hutan, hutan bukanlah satu tempat yang aman dan damai. Singa raja kepada segala binatang tinggal dalam hutan tersebut. Pada setiap hari, Singa akan memakan binatang lain sebagai makanannya. Semua binatang binatang hidup dalam ketakutan kerana takut dimakan oleh Singa.

Semua binatang dalam hutan itu berkumpul untuk berbincang cara-cara untuk mengelakkan daripada dimakan oleh Singa. Tetapi, mereka tidak dapat memikirkan cara tersebut.

Pada keesokan hari, Arnab dengan kawan -kawannya, Rusa, kambing dan khinzir membuat keputusan untuk merayu kepada Singa untuk melepaskan mereka . ''Raja segala binatang , tolonglah kasihan pada kami dan janganlah memakan kami. Kami tidak mahu mati.''

Singa menjawab dengan garangnya , ''Hah! Kelakarnya! Kalau saya tak makan, saya akan mati
kelaparan! Adalah lebih baik jika kamu semua bergilir-gilir untuk mengorbankan diri, kalau
tidak jangan salahkan saya.''

Satu demi satu daripada mereka telah dimakan oleh Singa dan seterusnya adalah giliran Arnab.

Arnab menjadi sangat sedih memikirkan nasibnya Setiap hari Arnab tidak dapat makan ataupun tidur dengan lena. Arnab mula menjadi kurus dan dia masih tidak dapat memikirkan cara untuk menyelamatkan dirinya.

Pada suatu hari, ketika sedang duduk di tepi perigi, Arnab berfikir, ''Singa adalah begitu kuat dan besar saiznya manakala saya pula adalah begitu kurus dan lemah. Bagaimana harus aku selamatkan diri?''

Semasa Arnab sedang memandang ke sana sini, Arnab terpandang bayang-bayangnya di dalam
air perigi itu. Tiba-tiba, Arnab telah dapat memikirkan satu idea yang bagus.

Arnab meluru ke tempat tinggal Singa. Pada masa yang sama, Singa yang kelaparan itu sedang mencari makanan dan dia ternampak Arnab menuju ke arahnya, lalu berkata, "Kecilnya kamu! Walaupun tidak dapat mengenyangkan perut saya, tetapi bolehlah dianggap sebagai pembuka hidangan." Maka Singa pun menuju ke arah Arnab dengan mulut yang terbuka.

''Janganlah terburu-buru", kata Arnab dan terusnya lagi, ''Sebenarnya terdapat 6 arnab yang datang pada hari ini . Tetapi, semasa dalam perjalanan tadi, muncul seekor lagi Singa yang telah memakan 5 ekor daripada kami sekaligus. Singa itu menyuruh saya memberitahu kau bahawa dia akan datang membunuh kau.''

Selepas mendengar, Singa dengan marahnya berkata, ''Siapa yang berani memasuki kawasan saya? Beraninya dia!" Singa menyuruh Arnab membawanya ke tempat singa itu.

Arnab membawa Singa ke tempat itu dan berpura-pura menjadi sangat takut. ''Saya tidak berani mendekati perigi kerana dia mesti bersembunyi di dalam. Tuanku, pergi lihatlah sendiri .''
Selepas meluahkan kata-kata itu Arnab bersembunyi di belakang Singa.

Singa melihat di dalam perigi dengan garang dan melihat seekor lagi singa yang garang berada di dalamnya. Bila Singa mengaum, Singa dalam perigi itu juga mengaum.

Singa menjadi sangat marah dan terus melompat ke dalam perigi itu.

Arnab menjadi sangat gembira dan menari di tepi perigi tersebut. Arnab menyebarkan berita itu dengan cepat. ''Singa telah mati! Kita tidak perlu bersembunyi lagi!'' Kata Arnab .

Selepas itu, semua binatang pun hidup dengan aman dan damai dalam hutan itu.

Moral: Tolong menolong amalan mulia. Kita manusia, gunakanlah kecerdikan akal anugerah Allah pada kita untuk sesuatu yang bermanfaat.

*************************************************************************************

0 comments:

Post a Comment