
Pada suatu hari, burung gagak pergi minum air di sebuah kolam. Ketika sedang minum air, ia ternampak sekawan angsa putih sedang berenang-renang di dalam kolam itu. Angsa-angsa putih itu sangat cantik. Mereka mempunyai bulu yang berwarna putih dan besih.

'' Tidak lama lagi, bulu aku juga akan menjadi secantik bulu angsa itu,'' kata gagak dengan gembira.
Setelah beberapa jam berendam di dalam kolam itu, gagak mula berasa sejuk. Ia terus naik ke darat tetapi ia berasa hampa kerana bulunya masih kelihatan hitam.
Pada suatu hari, gagak berendam di dalam kolam seperti biasa. Tiba-tiba seekor angsa putih menghampirinya.
''Mengapakah kamu berendam di dalam kolam ini?'' tanya angsa putih.
''Saya ingin memiliki bulu yang cantik dan putih seperti kamu,'' jawab gagak.
''Walaupun bertahun-tahun kamu berendam, bulu kamu tidak akan menjadi putih. Kamu mungkin memiliki keistimewaan kerana mempunyai bulu yang hitam itu. Kita semua dijadikan berbeza-beza. Usahlah kamu membuat kerja yang sia-sia,'' nasihat angsa putih kepada gagak.
Moral : Jangan membuang masa dengan melakukan pekerjaan yang sia-sia.
*************************************************************************************
0 comments:
Post a Comment