Menangguh Kerja

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Aliah bersekolah sesi petang. Jam sudah menunjukkan pukul 11 .30 pagi, tetapi dia masih menonton televisyen. Sudah berkali-kali ibunya menyuruh dia bersiap kerana dalam masa setengah jam lagi bas sekolah akan tiba.

''Kamu ini, sekiranya emak suruh buat sesuatu selalu bertangguh. ''


''Sekejap lagi saya pergi mandi. Lambat lagi bas sampai. ''

''Emak sudah ingatkan dan jangan salahkan emak sekiranya Aliah tertinggal bas lagi. Dalam tempoh dua minggu ini sudah empat kali kamu tidak ke sekolah disebabkan tertinggal bas. Ingat apa yang yang Nabi Muhammad pesan. Rebutlah lima perkara sebelum tiba lima perkara, iaitu muda sebelum tua, lapang sebelum sesak, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, dan hidup sebelum mati."

Aliah terus leka menonton televisyen. Tiba-tiba dia teringat ada kerja rumah yang belum diselesaikan.

"Alamak tentu tidak sempat buat! Nak mandi dan bersiap lagi, nak makan lagi... Isy... Mengapalah tidak ingat awal-awal tadi?" rungut Aliah sendirian. Kelam kabut dia bersiap, mandi kerbau saja.

"Masya-Allah Aliah, apa yang kamu buat ni? Mak sudah cakap dari tadi suruh siap. Masa dah suntuk baru tergopoh-gapah.."

"Mak.. Mak.. Janganlah marah saya. Saya minta maaf sebab suka tangguh kerja, tetapi emak
tolonglah siapkan kerja rumah sains saya."

"Mak tidak mahu tolong. Biar ini jadi pengajaran buat Aliah supaya tidak bertangguh kerja lagi."

"Habislah, tentu saya kena denda dengan cikgu Sains hari ini!

"Itulah akibatnya orang yang tidak mahu dengar cakap maknya. Cepat pergi makan. Biar emak tengokkan bas. Jangan lupa ambil botol air dan duit belanja atas maja makan itu."

"Baiklah mak. Saya janji takkan tangguh kerja lagi. Saya akan ikut pesanan emak."

Moral : Jangan suka menangguhkan kerja.


0 comments:

Post a Comment