Pokok Mangga Yang Sombong

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Pak Kassim seorang peladang buah-buahan. Di ladangnya dia menanam pokok durian, pokok rambutan, pokok manggis, pokok pulasan, pokok langsat dan pokok cempedak. Semua pokok
buah-buahan itu akan berbuah bila tiba musimnya.

Di ladang Pak Kassim juga ada menanam pokok mangga. Hanya pokok mangga sahaja berbuah tidak ikut musim. Sepanjang masa ada sahaja buahnya.

Pokok mangga ditanam di sebelah pokok manggis. Disebabkan selalu berbuah, pokok mangga menjadi sombong dan selalu menghina pokok manggis.

"Hai pokok manggis, kasihannya awak. Awak berbuah setahun sekali sahaja. Sebab itulah, tuan kita tak pedulikan awak. Lainlah macam saya ni, sentiasa berbuah," ujar pokok mangga.

"Awak memang bertuah mangga. Awak boleh berbuah sepanjang masa. Tetapi saya berbuah setahun sekali sahaja. Saya buah-buahan bermusim. Awak pula buah-buahan tak bermusim," jawab pokok manggis.

Pokok mangga menjadi semakin sombong mendengar kata-kata pokok manggis itu. Sekarang ia sedang mengeluarkan bunga-bunga baru, sedangkan buah yang ada masih banyak lagi.

Disebabkan pokok mangga selalu berbuah, Pak Kassim sangat sayang kepada pokok mangga itu. Dibaja dan disiramnya setiap hari. Pokok manggis tidak dipedulikan. Ia berasa sangat sedih. Oleh kerana pokok manggis mempunyai akar yang kuat dan panjang, ia dapat juga menyedut air yang disiram oleh Pak Kassim.

Musim buah akhirnya tiba. Pokok manggis mula mengeluarkan bunga-bunga kecil berwarna merah. Begitu banyak bunga yang keluar. Pokok manggis sangat gembira. Begitu juga dengan Pak Kassim. Dia mula memberi perhatian kepada pokok manggis dan pokok-pokok bermusim yang lain.

Pak Kassim mula menabur baja dan membersihkan sekitar pokok-pokok bermusim itu. Pokok mangga mula dibiarkan semak dan tidak dipedulikan. Pokok mangga menjadi cemburu. Pak Kassim tidak memberi perhatian kepadanya lagi.

Beberapa bulan kemudian, buah manggis mulai masak. Begitu juga dengan buah rambutan. langsat, cempedak dan pulasan. Buah durian mulai gugur. Pak Kassim langsung tidak beri perhatian kepada pokok mangga lagi. Buah mangga yang mulai masak, tidak dipetik. Pak Kassim lebih suka memetik buah-buahan bermusim yang mahal harganya.

Pada suatu hari, pokok mangga berkata kepada pokok manggis. "Wahai pokok manggis, apalah malang nasib saya ini. Pak Kassim tidak pedulikan saya lagi. Dia tidak lagi menabur baja di pangkal pokok saya dan dibiarkan semak. Setiap hari dia hanya memberi perhatian pada awak dan pokok bermusim yang lain," ujar pokok mangga dengan sedih.

"Bersabarlah pokok mangga. Sekarang tibalah giliran saya dengan pokok-pokok bermusim diberi perhatian. Awak tidak boleh cemburu," nasihat pokok manggis.

"Pak Kassim tidak adil! Dahulu dia sangat sayangkan saya tapi bila awak berbuah, dia langsung tidak pedulikan saya," rungut pokok mangga lagi.

Akhirnya buah-buah mangga jatuh ke tanah kerana terlampau masak. Pokok mangga berasa sedih kerana tidak ada orang yang hendak memakannya. Semua orang hendak makan buah-buahan bermusim yang datang setahun sekali.

Lebih menyedihkan pokok mangga bila semut dan kerengga mula bersarang di dahannya. Begitu juga dengan pokok api-api yang memanjat dahannya untuk menumpang hidup.

Lama-kelamaan pokok mangga menjadi rosak dan tidak subur. Daun-daunnya mulai layu dan gugur. Dahan dan rantingnya mulai kering. Akhirnya pokok mangga pun mati.

Moral cerita : Jangan menghina orang lain disebabkan kekurangan yang ada pada diri mereka. Setiap makhluk yang dijadikan Allah ada kelebihan dan kekurangannya. Bersyukurlah dengan kelebihan yang telah diberikan Allah.

Selamat Bercuti!!!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Kawan-kawan, Aisyah minta maaf kerana sudah lama tak buat post baru. Kali ini Aisyah nak cerita semasa Aisyah bercuti. Kawan-kawan nak tahu tak Aisyah bercuti dekat mana? Aisyah bercuti dekat Kedah. Aisyah pergi ke sana sebab Ummi dan Abi ada Konvensyen Kebangsaan Papisma di Merdeka Beach Resort, Sungai Petani. Di sana ada kolam renang dan ada pantai. Nama bilik Aisyah dan keluarga ialah Orkid 202.

Ummi daftar Aisyah untuk masuk pertandingan maths genius, bercerita, hafazan dan mewarna.
Kawan-kawan nak tengok tak gambar Aisyah semasa pertandingan maths genius, bercerita dan mewarna? Tapi gambar masa Aisyah hafazan tak ada sebab Ummi kata gambarnya sama aja macam gambar masa pertandingan bercerita.

Kalau kawan-kawan nak tahu, siapa kakak ayu ni, bacalah blog Ummi Aisyah yang tajuknya "Tetamu Istimewa Pengantin Baru...!"

Yang ini pulak gambar Aisyah semasa pertandingan bercerita.Tajuk cerita Aisyah masa tu
ialah "Muslihat Pendeta Tua".


Yang ini pulak, gambar juri yang komen Aisyah bercerita.



Ini lah gambar, semasa Aisyah pertandingan mewarna.


Yang masuk pertandingan mewarna, cuma Aisyah dan adik
Aisyah. Nama adik Aisyah ialah, Atiqah Maisarah.

Semasa acara barbecue, Aisyah dijemput oleh Presiden Papisma (2008-2010) untuk bercerita sekali lagi.


Inilah gambar dekat Merdeka Beach Resort tu , best sangat dekat sana.


Ini pulak gambar Aisyah, Atiqah dan Amirah dekat taman Merdeka Beach Resort.


Ha, kalau kawan-kawan tak kenal lagi siapa Aisyah, Atiqah dan Amirah,
ini dia gambarnya. Dari kiri : Aisyah, Atiqah dan Amirah.


Ha, ini gambar macam kat atas jugak. Tapi yang ini ummi tangkap gambar dekat sikit.

Siapa yang ayu sangat tu. Macam gadis melayu pulak. Hehe... itulah kakak Aisyah.

Ha, yang ini pulak Aisyah, Atiqah dan Amirah duduk atas batu.
Tadi Amirah seorang je...
Aik, kenapa Atiqah pulak tak ada gaya.Biasanya kakak dia yang tak ada gaya.
Berdiri tegak macam patung pulak tu. Hehe... jangan marah ya Atiqah.

Ha, kali ini, semuanya tak ada gaya.

Kalau kawan-kawan nak tahu, Aisyahkan, dapat tempat yang pertama pertandingan bercerita.
Pertandingan mewarna Atiqah (Adik Aisyah) mendapat tempat pertama. Aisyah mendapat saguhati. Pertandingan maths genius Aisyah kalah. Pertandingan hafazan pun Aisyah kalah. Kakak Aisyah (Amirah) pertandingan maths genius, dapat nombor dua. Pertandingan bercerita pun kakak Aisyah dapat nombor dua. Pertandingan hafazan kakak Aisyah dapat nombor tiga.
Penyampaian hadiah pada hari Ahad. Aisyah balik dari Merdeka Beach Resort pada hari Ahad jugak tapi Aisyah balik selepas penyampaian hadiah. Tapi bukan balik dekat rumah, tapi pergi dekat Pulau Pinang.

Sahabat Karib Allah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Pada zaman dahulu, kira-kira 4,000 tahun yang lalu, di suatu tempat yang jauh bernama iraq,
lahirlah seorang budak lelaki bernama Ibrahim Alaihissalam dalam sebuah kampung bernama Ur.
Dia seorang yang bersopan santun, baik hati dan sangat beriman sehinggakan Allah memberikannya kebijaksanaan semasa dia masih kecil lagi. Bukan itu sahaja, Allah juga menjadikan Nabi Ibrahim Alaihissalam sahabat karib Allah dan juga seorang rasul. Sewaktu dia masih kecil, budak lelaki itu sudah mula berdakwah ke jalan yang benar. Tetapi penduduk kampungnya tidak suka dengan cara dia mengajar. Mereka berasa sangat marah, dan cuba membunuh Nabi Ibrahim Alaihissalam dengan membakarnya hidup-hidup.

Tetapi Allah sentiasa bersamanya. Allah telah mengarahkan api, "Wahai api jadilah sejuk dan berilah keamanan kepada Ibrahim." Satu keajaiban berlaku, api yang sepatutnya membakar
Nabi Ibrahim Alaihissalam menjadi satu tempat perlindungan yang sejuk untuknya.Pengajaran yang kita peroleh daripada cerita ini adalah beriman kepada Allah merupakan satu cara yang
dapat menyelamatkan seseorang di dunia ini dan di dunia seterusnya.

Nasihat Aisyah Buat Kawan-Kawan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Kawan-kawanku, tunaikanlah solat lima waktu sehari semalam.

Kawan-kawanku, pakailah pakaian yang menutup aurat, sopan lagi bersih.

Kawan-kawanku, hormatilah kedua-dua ibu bapa kita.

Kawan-kawanku, ciumlah tangan dan mohonlah kemaafan daripada kedua-dua ibu bapa.

Kawan-kawanku, berbuat baiklah terhadap ibu bapa seperti menolong mereka melakukan kerja rumah.

Kawan-kawanku,makanlah bersama-sama keluarga dan jagalah adab ketika makan.

Kawan-kawanku, sentiasalah bercakap benar dan amanah.

Kawan-kawanku, sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita ada.

Kawan-kawanku, orang yang bersikap pemaaf amat disayangi Allah S.W.T.

Kawan-kawanku, tunaikanlah janji dan janganlah sesekali memungkirinya.

Kawan-kawanku, bersopan santunlah di hadapan guru dan dengar dengan teliti apa yang diajarkannya.

Kawan-kawanku, berbarislah ketika menaiki bas sekolah dan jangan berbuat bising semasa berada di dalam bas.

Kawan-kawanku, tolonglah orang buta ketika melintas jalan.

Kawan-kawanku, ucaplah terima kasih apabila menerima pemberian.

Kawan-kawanku, ketuklah pintu dan ucaplah salam terlebih dahulu sebelum memasuki rumah sendiri atau rumah orang lain.

Kawan-kawanku, mintalah izin atau kebenaran apabila lalu di hadapan seseorang.

Kawan-kawanku, makanlah secara bersederhana iaitu jangan gelojoh dan jangan terlalu kenyang.

Kawan-kawanku, tutuplah mulut ketika bersin atau menguap.

The Fighting Cocks


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Once there were two cocks that lived in a farm.They were good friends.
One day,the hens wanted to choose a leader.

The hens started a competition.The cocks had to fight. The winner would be
the leader. So, the two cocks started to fight.

Both of the cocks were good fighters. They fought day and night. However,
the smaller of the two was beaten and was covered with blood.

So,the smaller cock gave up. He ran back to his home to nurse his wounds. The winning cock
laughed proudly.

The hens cheered as they had a leader already. The winning cock was very proud.
He had forgotten about his good friend.

The winning cock would crow loudly on the fence every day.
He wanted to let every hen know that he was the leader.

One day, a hungry eagle heard the cock crowing. It flew down and swooped on the cock. The proud cock came to an end.

The other cock who had recovered from his wounds stood out. He wanted to be the leader of the
farmyard. The hens cheered for their new leader.

Rumah Ayah Salam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Kawan-kawan dah baca blog kakak? Aisyah minta maaf banyak-banyak sebab lambat siapkan post ni. Lepas pergi Bukit Gambang Water Park, kami bertolak pula ke Felda Palong, Negeri Sembilan untuk ke rumah Ayah Salam (abang Abi). Kami menginap di sana selama satu malam. Aisyah cuma kenal dua orang daripada lima orang anak Ayah Salam. Hehheh.. Sepupu sendiri pun tak kenal.

Maklumlah.. Jarang-jarang balik melawat ayah saudara dan mak saudara sebelah Abi sebab semuanya tinggal jauh dari Terengganu. Kalau sebelah Ummi lain pula ceritanya. Tapi kali ni Aisyah tak nak cerita pasal tu. Kita kembali ke topik asal.

Aisyah just dapat tunjukkan satu gambar sahaja. Kenapa? Sebabnya tak boleh beritahu. Nanti tuan punya badan malu.

Tiga dara bersama Ayah Salam. Eii.. Budak mana yang cute sangat pakai tudung pink tu?? Haha.. Tak adalah. Aisyah bukan nak masuk bakul angkat sendiri, nak gurau aja.. Yang pasti, tu lah satu-satunya adik Aisyah (Atiqah)!

Menangguh Kerja

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Aliah bersekolah sesi petang. Jam sudah menunjukkan pukul 11 .30 pagi, tetapi dia masih menonton televisyen. Sudah berkali-kali ibunya menyuruh dia bersiap kerana dalam masa setengah jam lagi bas sekolah akan tiba.

''Kamu ini, sekiranya emak suruh buat sesuatu selalu bertangguh. ''


''Sekejap lagi saya pergi mandi. Lambat lagi bas sampai. ''

''Emak sudah ingatkan dan jangan salahkan emak sekiranya Aliah tertinggal bas lagi. Dalam tempoh dua minggu ini sudah empat kali kamu tidak ke sekolah disebabkan tertinggal bas. Ingat apa yang yang Nabi Muhammad pesan. Rebutlah lima perkara sebelum tiba lima perkara, iaitu muda sebelum tua, lapang sebelum sesak, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, dan hidup sebelum mati."

Aliah terus leka menonton televisyen. Tiba-tiba dia teringat ada kerja rumah yang belum diselesaikan.

"Alamak tentu tidak sempat buat! Nak mandi dan bersiap lagi, nak makan lagi... Isy... Mengapalah tidak ingat awal-awal tadi?" rungut Aliah sendirian. Kelam kabut dia bersiap, mandi kerbau saja.

"Masya-Allah Aliah, apa yang kamu buat ni? Mak sudah cakap dari tadi suruh siap. Masa dah suntuk baru tergopoh-gapah.."

"Mak.. Mak.. Janganlah marah saya. Saya minta maaf sebab suka tangguh kerja, tetapi emak
tolonglah siapkan kerja rumah sains saya."

"Mak tidak mahu tolong. Biar ini jadi pengajaran buat Aliah supaya tidak bertangguh kerja lagi."

"Habislah, tentu saya kena denda dengan cikgu Sains hari ini!

"Itulah akibatnya orang yang tidak mahu dengar cakap maknya. Cepat pergi makan. Biar emak tengokkan bas. Jangan lupa ambil botol air dan duit belanja atas maja makan itu."

"Baiklah mak. Saya janji takkan tangguh kerja lagi. Saya akan ikut pesanan emak."

Moral : Jangan suka menangguhkan kerja.